Peluang Perniagaan

Anda boleh menjadikan kerjaya Perunding Takaful sebagai kerjaya sepenuh masa atau separuh masa. Pilihan adalah di tangan anda. Tiada apa yang perlu anda bimbangkan. Ianya satu kerjaya yang berpontensi
Pendapatan lumayan kini menanti anda

Apakah Kerjaya Perunding Takaful

Industri Takaful di Negara ini sedang menuju ke kedewasaannya. Dari segi Pemasaran dan jualan, ini bermaksud ianya sedang menuju kearah industri yang sepenuhnya berasaskan perkhidmatan agensi seperti apa yang dialami oleh Negara-negara maju. Untuk itu Negara memerlukan ramai perunding Takaful yang berkelayakan bagi meningkatkan keyakinan dan tahap skim perkhidmatan Takaful

Apakah Potensi Industri Takaful Malaysia?

Sangat baik serta mempunyai ruang yang luas untuk berkembang kerana saiz industri takaful di Malaysia masih kecil. Selain dari itu, kadar penyertaan rakyat Malaysia yang semakin tinggi membolehkan ramai yang berkemampuan untuk menyertai skim perlindungan takaful. Kerajaan juga komited dalam membantu mengembangkan industri ini.

Siapa boleh menjadi Perunding Takaful?

Hampir sesiapa sahaja yang memiliki kelayakan minimum seperti berikut:-

  • Berumur Sekurang-kurangnya 23 tahun
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma, Ijazah

Isikan Borang Permohonan tersebut dan hantarkannya beserta dengan:-
– Satu salinan kad pengenalan
– 2 keping gambar berwarna bertali leher bagi lelaki dan bertudung bagi wanita(berukuran kad pengenalan)

Anda kemudian akan menghadiri kursus intensif percuma yang diberikan oleh Pejabat Agensi Takaful untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang produk takaful. Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan anda dengan pengetahuan yang perlu bagi menghadapi peperiksaan asas wakil yang di kendalikan oleh Etiqa Takaful Bhd. Peperiksaan ini bertujuan untuk memastikan bahawa perunding takaful mempunyai pengetahuan yang cukup dalam urusan memasarkan produk Takaful. Setelah lulus peperiksaan tersebut anda diiktiraf sebagai perunding takaful dan layak untuk memasarkanskim perlindungan Takaful.

Apakah ganjaran yang anda terima sebagai perunding takaful?

Selaras dengan hasrat Etiqa Takaful Bhd. untuk mengembangkan perkhidmatan agensi, ganjaran yang sangat menarik menanti anda. Antaranya ialah:

– Komisyen yang tinggi
– Bonus akhir tahun yang menarik
– Intensif berupa peraduan jualan yang hebat dengan hadiah yang menarik
– Anugerah tahunan kepada perunding Takaful
– Pelbagai peraduan dan kempen khas yang diadakan dari masa ke semasa

Faedah-faedah lain

– Melancong percuma
– Kursus Motivasi oleh Pakar Motivasi
– Kursus jualan
– Peluang kenaikan pangkat
– Peluang menyertai pelbagai aktiviti seperti pameran dan seminar

Untuk maklumat lanjut sila klik disini.