Kata Aluan Pengurus Agensi Kumpulan

azizamAssalamualaikum w.b.t.

Bersyukur saya ke hadrat Allah swt kerana memberi peluang kepada saya untuk terus menabur bakti memperjuangkan muamalat Islam melalui perniagaan Takaful.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua usahawan takaful yang tidak jemu-jemu berusaha dengan sedaya-upaya tidak kira waktu untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang perlunya perancangan kewangan terutamanya mengenai perlindungan takaful keluarga.

Juga tidak lupa, kepada pelanggan-pelanggan kami. Saya mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan komitmen anda semua. Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, kami sedia menerima cadangan dan pandangan dari anda semua.

Selaras dengan hasrat UTK14 untuk menjadi Agensi Takaful Keluarga yang terbaik di Malaysia. Maka segala perancangan dan tindakkan akan mengambilkira cadangan dan pandangan dari semua pelanggan, usahawan, dan kakitangan Etiqa Takaful Bhd itu sendiri.

Akhir kata, sekali lagi saya memohon kepada Allah agar memberikan kekuatan kepada semua tenaga pengurusan UTK14 serta kepada seluruh usahawan takaful untuk terus menabur bakti memperjuangkan muamalat Islam di dalam sistem takaful di Malaysia.

AZIZAM SAIDINA OTHMAN
Pengurus Agensi Kumpulan
Etiqa Takaful Bhd.
Kedah, Perlis & Pulau Pinang